Sebelum baca ni sila senyum dulu tau. Senyuman selalu dikaitkan dengan sedekah. Betul ke orang tua-tua kata kalau senyum murah rezeki. Orang yang suka senyum ni awet muda, muka tak dimakan usia.
Nampaknya dah makin ramai yang senyum ni kan? hehe... memang benar, senyuman mampu menimbulkan aura positif dalam diri seseorang. Orang yang suka senyum, muka sentiasa manis, ceria, akan mudah didekati dan didampingi oleh orang lain. Orang nak minta tolong pun tak takut. Orang nak berkawan pun tak takut. Setuju tak?
Cuba kalau setiap hari bangun je dari tidur senyum. In Sha Allah seharian hidup kita pasti akan ceria. Semua kerja akan jadi lancar. Hidup akan lebih bahagia dan kita tak akan gundah gulana dan berkeluh kesah.
Bayangkan kalau kita ni muka masam je. Orang nak tegur pun tak jadi. Kalau nak bagi apa-apa pun orang tak nak. Rezeki pun tak minat dengan orang macam ni. Allah swt pun tak suka dengan orang yang macam ni.
Jom ubah cara hidup kita. Sentiasa senyum walapun ditimpa musibah kerana percaya Allah sentiasa berada di samping hambaNya yang sabar. In sha allah segala perkara yang POSITIF akan mengekori kita sekiranya kita seorang yang sukan senyum.
Jom SENYUM. Senyum itu sunnah.
Senyumanku Inspirasiku








0 comments:
Post a Comment