cantik inspirasiku 2013. Powered by Blogger.
RSS

Jangan panik bila terpaksa pergi kursus ketika menyusukan anak

Assalammualaikum w.b.t.. Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama saya menghadiri kursus...tapi masa entri ini ditulis saya belum pergi kursus lagi.

Alamak! Bila baca surat pergi kursus. Bila tengok tarikh..alamak lamanye.. boleh relaks lagi.. Sekali baca tempat, terperanjat saya kursus tu di Kuala Lumpur.. Jauh tu.. Kalau di Melaka takpe la..huhu...

Saya merupakan orang yang suka pergi kursus sebab bila berkursus kita akan dapat belajar banyak ilmu, jumpa ramai kawan & rasa persekitaran yang lain daripada sekolah.

Kali ni saya rasa berat hati untuk pergi sebab nak tinggalkan baby yang sedang menyusu badan. Kasihannya baby Zafirah kena tinggal..

Kepala sakit terus rasa sakit tak tahu apa persediaan yang perlu saya buat sama ada nak bawa  baby bersama atau nak tinggalkan baby dengan nenek dia.

Ini pengalaman saya yang pertama sebab anak pertama saya Sofia menyusu campur susu formula tapi bila time adiknya Zafirah memang saya nak pastikan Zafirah menyusu secara eksklusif. Itu azam saya dan saya tidak mahu peristiwa hadiri kursus ini menggagalkan niat murni saya. Saya anggap ianya sebagai satu cabaran.

Hajat memang nak bawa baby bersama dan booked sebuah bilik hotel.. bawa mak, ayah, Sofia dan baby. Disebabkan beberapa kekangan, saya terpaksa batalkan hasrat itu.

Hari tu saya tidur awal. Saya mahu tenangkan fikiran. Sebenarnya yang berlegar-legar dalam fikiran saya ialah di mana saya boleh mengepam susu semasa kursus? Bilakah masa atau waktu yang sesuai? Peti ais ada tak di hotel? Kalau tiada peti ais macam mana? Rasa nak menangis..

Jalan penyelesaiannya, saya pun search di internet untuk cari info di blog-blog yang berkongsi pengalaman tentang penyusuan. Banyak membantu saya & saya boleh berfikiran lebih positif.

Atas sebab itu juga saya juga mahu berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain. Saya berdoa agar Allah s.w.t membukakan jalan-jalan kemudahan bagi setiap urusan dunia dan akhirat kami sekeluarga. Hanya Kau Ya Allah, sebaik-baik wakil. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment