cantik inspirasiku 2013. Powered by Blogger.
RSS

Senyum...aura positif diri kita

Sebelum baca ni sila senyum dulu tau. Senyuman selalu dikaitkan dengan sedekah. Betul ke orang tua-tua kata kalau senyum murah rezeki. Orang yang suka senyum ni awet muda, muka tak dimakan usia.


Nampaknya dah makin ramai yang senyum ni kan? hehe... memang benar, senyuman mampu menimbulkan aura positif dalam diri seseorang. Orang yang suka senyum, muka sentiasa manis, ceria, akan mudah didekati dan didampingi oleh orang lain. Orang nak minta tolong pun tak takut. Orang nak berkawan pun tak takut. Setuju tak?

Cuba kalau setiap hari bangun je dari tidur senyum. In Sha Allah seharian hidup kita pasti akan ceria. Semua kerja akan jadi lancar. Hidup akan lebih bahagia dan kita tak akan gundah gulana dan berkeluh kesah.

Bayangkan kalau kita ni muka masam je. Orang nak tegur pun tak jadi. Kalau nak bagi apa-apa pun orang tak nak. Rezeki pun tak minat dengan orang macam ni. Allah swt pun tak suka dengan orang yang macam ni.

Jom ubah cara hidup kita. Sentiasa senyum walapun ditimpa musibah kerana percaya Allah sentiasa berada di samping hambaNya yang sabar. In sha allah segala perkara yang POSITIF akan mengekori kita sekiranya kita seorang yang sukan senyum.

Jom SENYUM. Senyum itu sunnah.

Senyumanku Inspirasiku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan panik bila terpaksa pergi kursus ketika menyusukan anak

Assalammualaikum w.b.t.. Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama saya menghadiri kursus...tapi masa entri ini ditulis saya belum pergi kursus lagi.

Alamak! Bila baca surat pergi kursus. Bila tengok tarikh..alamak lamanye.. boleh relaks lagi.. Sekali baca tempat, terperanjat saya kursus tu di Kuala Lumpur.. Jauh tu.. Kalau di Melaka takpe la..huhu...

Saya merupakan orang yang suka pergi kursus sebab bila berkursus kita akan dapat belajar banyak ilmu, jumpa ramai kawan & rasa persekitaran yang lain daripada sekolah.

Kali ni saya rasa berat hati untuk pergi sebab nak tinggalkan baby yang sedang menyusu badan. Kasihannya baby Zafirah kena tinggal..

Kepala sakit terus rasa sakit tak tahu apa persediaan yang perlu saya buat sama ada nak bawa  baby bersama atau nak tinggalkan baby dengan nenek dia.

Ini pengalaman saya yang pertama sebab anak pertama saya Sofia menyusu campur susu formula tapi bila time adiknya Zafirah memang saya nak pastikan Zafirah menyusu secara eksklusif. Itu azam saya dan saya tidak mahu peristiwa hadiri kursus ini menggagalkan niat murni saya. Saya anggap ianya sebagai satu cabaran.

Hajat memang nak bawa baby bersama dan booked sebuah bilik hotel.. bawa mak, ayah, Sofia dan baby. Disebabkan beberapa kekangan, saya terpaksa batalkan hasrat itu.

Hari tu saya tidur awal. Saya mahu tenangkan fikiran. Sebenarnya yang berlegar-legar dalam fikiran saya ialah di mana saya boleh mengepam susu semasa kursus? Bilakah masa atau waktu yang sesuai? Peti ais ada tak di hotel? Kalau tiada peti ais macam mana? Rasa nak menangis..

Jalan penyelesaiannya, saya pun search di internet untuk cari info di blog-blog yang berkongsi pengalaman tentang penyusuan. Banyak membantu saya & saya boleh berfikiran lebih positif.

Atas sebab itu juga saya juga mahu berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang lain. Saya berdoa agar Allah s.w.t membukakan jalan-jalan kemudahan bagi setiap urusan dunia dan akhirat kami sekeluarga. Hanya Kau Ya Allah, sebaik-baik wakil. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Susu Ibu adalah yang terbaik. Berikan susu ibu kepada bayi kita.

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Ibu-ibu dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang seimbang tetapi sejauhmanakah pemakanan ibu itu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada ibu dan bayi?? Maka, set penyusuan optimum adalah jawapan kepada persoalan ini.

Mari kita baca dan fahami keperluan setiap nutrisi kini kepada ibu dan bayi.
Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.
Berikut merupakan cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat
ESP - rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

[sumber Shaklee Today] 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CANTIK Inspirasiku

Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca blog CANTIK Inspirasiku.. semoga apa yang dikongsi dalpat memberi inspirasi kepada anda semua terutama wanita-wanita yang ingin tampil cantik dan menawan secara semulajadi. Bukan niat untuk mengajar sesiapa tetapi sekadar perkongsian yang boleh memberikan motivasi kepada diri saya sendiri.


Tampil cantik dan menawan idaman setiap wanita tetapi mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Kecantikan anugerah Illahi ~syukuri nikmatnya.

Salam sayang,
farah irdina

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS